• TENTANG KAMI
  • STATUS DAFTAR
  • APLIKASI
  • HUBUNGI KAMI
  • SOALAN LAZIM

TENTANG

KAMI

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Latar Belakang Tabika Perpaduan

Pada peringkat awal penubuhan Tabika Perpaduan, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kebajikan Tabika Perpaduan (JKTP) yang berperanan untuk menjalinkan kerjasama dengan guru bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar kelas bersama komuniti. Pada tahun 1997, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) telah ditubuhkan bagi menggantikan JKTP.

Seiring dengan keperluan semasa, penubuhan Tabika Perpaduan telah diperluaskan di mana sehingga tahun 1997, sebanyak 1,073 buah Tabika Perpaduan telah ditubuhkan. Sejajar dengan perubahan ini, konsep Tabika Perpaduan juga ditukar daripada Konsep Muhibah kepada Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan. Konsep Pemasyarakatan Tabika Perpaduan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktivit-aktiviti Tabika Perpaduan termasuklah aktiviti kebajikan, kerohanian, keselamatan, rekreasi dan riadah.

Berikutan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada 10 Mac 2020, konsep Tabika Perpaduan telah dimantapkan dengan memberi tumpuan kepada penghayatan pendidikan Rukun Negara dan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara. Sehingga 31 Disember 2020, terdapat sebanyak 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara. Penubuhan Tabika Perpaduan masih kekal dalam kawasan bandar dan pinggir bandar. Bermula tahun 2021, Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan memastikan penubuhan kelas-kelas baharu Tabika Perpaduan dilaksanakan secara lebih terancang.

OBJEKTIF

  1. Membentuk Murid Yang Mempunyai Semangat Patriotisme dan Semangat Perpaduan
  2. Murid dapat menunjukkan semangat cintakan negara
  3. Murid dapat meraikan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di negara kita
  4. Membentuk Kemenjadian Murid Dan Memperkembangkan Konsep Kendiri
  5. Murid berpotensi untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta responsif dalam sesi pembelajaran
  6. Murid menampilkan peribadi dan perwatakan yang positif

10 INISIATIF BARU

10 inisiatif baru telah dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan bagi memantapkan lagi peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam membentuk kemenjadian murid. 10 inisiatif baharu Tabika Perpaduan adalah tersebut merangkumi :

  1. Modul Penghayatan Rukun Negara
  2. Modul Kemahiran Jom Urus Diri.
  3. Pelan kursus dan latihan guru Tabika Perpaduan
  4. Buku Aktiviti Khusus Tabika Perpaduan
  5. Buku aktiviti dan Lembaran Kerja
  6. Buku panduan pengajaran tahunan, mingguan dan harian
  7. Buku pentaksiran harian dan bulanan
  8. Buku pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan
  9. Unit Naziran Tabika Perpaduan
  10. Memantapkan imej dan identiti Tabika Perpaduan

PENDIDIKAN KO-KURIKULUM

Tabika Perpaduan mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini mengandungi enam (6) tunjang sebagai asas utama pembelajararan iaitu :

Matlamat KSPK ini adalah untuk memperkembangkan potensi murid seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun secara holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan matlamat dan enam (6) tunjang yang digariskan di bawah KSPK tersebut Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan modul pendidikan khusus bagi Tabika Perpaduan berasaskan Rukun Negara. Elemen kenegaraan dan perpaduan yang merupakan nilai tambah yang diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Tabika Perpaduan adalah bertujuan untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri murid seawal usia empat (4) hingga enam (6) tahun. Nilai tambah yang dihasilkan bukan sahaja melalui aktiviti kurikulum tetapi turut diterapkan dalam aktiviti kokurikulum.

Copyright © JPNIN-eTP . All Rights Reserved.