• TENTANG KAMI
  • STATUS DAFTAR
  • APLIKASI
  • HUBUNGI KAMI
  • SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Tabika Perpaduan

S: BAGAIMANAKAH PROSES DAN CARA UNTUK MELAKSANAKAN PEMBUKAAN KELAS TABIKA PERPADUAN?

J:

  1. Permohonan dari Kawasan Rukun Tetangga
  2. Lawatan ke Premis untuk melihat & menilai kesesuaian kelas
  3. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri
  4. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat PERPADUAN
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan
  6. Maklum keputusan terima/tolak kepada Pejabat Perpaduan Negeri untuk tindakan selanjutnya
S: APAKAH KEISTIMEWAAN ATAU KELEBIHAN TABIKA PERPADUAN BERBANDING TADIKA LAIN?

J:

  1. Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976
  2. Mempunyai sebanyak 1783 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia
  3. Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum
  4. Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara
  5. Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
  6. Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, Inovatif & terlatih
  7. Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga
  8. Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu Bapa
S: SIAPAKAH YANG WAJAR DIHUBUNGI UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN LANJUT MENGENAI PELAKSANAAN DAN PENGENDALIAN KELAS TABIKA PERPADUAN?

J:

  1. Pejabat Perpaduan Daerah Pegawai Perpaduan Daerah @ Pembantu Pegawai.
  2. Pejabat Perpaduan Negeri Pegawai Unit Tabika, Bahagian Operasi
  3. Ibu Pejabat Pegawai Unit Pendidikan Perpaduan, Bahagian Kesepaduan Integrasi Nasional
S: APAKAH PERANAN JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN?

J:

  1. Membantu Guru/Pen. Guru berkaitan kelas Tabika Perpaduan
  2. Membantu menjaga kebajikan kelas & kanak-kanak.
  3. Bersama-sama menjayakan aktiviti berkaitan perpaduan
  4. Bersama-sama menjaga kebersihan, kecantikan & keselamatan kelas.
S: APAKAH SYARAT ATAU KRITERIA PEMILIHAN UNTUK MENJADI KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN?

J:

  1. Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00
  2. Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan
  3. Pelbagai kaum

Copyright © JPNIN-eTP . All Rights Reserved.